WARGA BANGLADESH DAPAT PANGKAT DATUK. VIRAL DI LAMAN SOSIAL. cuba lihat apa sumbangan beliau!!

Rata-rata pengguna media sosial menjadikan tindakan tersebut sebagai bahan sindiran dan kutukan di laman sosial. Bahkan tak kurang juga yang mempersoalkan apakah kewajaran pangkat ‘DATUK’ diberikan kepada rakyat Bangladesh.

Sebenarnya, perkara ini tidak pelik di Malaysia pun.

Kita pernah anugerahkan pangkat ‘Datuk’ kepada Shah Rukh Khan.
Bahkan baru-baru neh kepada Jackie Chan juga.

Shah Rukh Khan ialah pelakon dari India.
Manakala Jackie Chan ialah pelakon dari Hong Kong.
Kedua-dua mereka juga bukan rakyat Malaysia.
Maka tidak aneh juga kenapa warga asing seperti kelahiran Bangladesh mendapat pangkat ‘Datuk’ di Malaysia.

Ini individu yang dimaksudkan menerima gelaran ‘datuk’.
WARGA BANGLADESH DAPAT PANGKAT DATUK. VIRAL DI LAMAN SOSIAL. cuba lihat apa sumbangan beliau!!
Individu berkenaan ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia. Bernama Hanif dan kini bergelar Datuk Hanif. Datuk Hanif ini juga dilaporkan telah menyumbang 1.5 juta ringgit Malaysia bagi membantu mangsa banjir di Pahang. Mungkin ini antara penyebab kenapa pangkat ‘DATUK’ diberikan kepadanya disamping atas kejayaannya menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.

Dipetik menerusi ;
WARGA BANGLADESH DAPAT PANGKAT DATUK. VIRAL DI LAMAN SOSIAL. cuba lihat apa sumbangan beliau!!
Walaupun ramai yang mengeji, namun ada juga yang memuji. Tapi bila difikir-fikir semula, jika benar ahli perniagaan tersebut berjaya atas usaha sendiri dan mempunyai sikap pemurah (membantu mangsa banjir) maka tak la rasa ralat jika diberikan gelaran ‘DATUK’ kerana somehow dia menyumbang kembali kepada negara ini meskipun ini bukan negaranya.

Berbanding Jackie Chan dan Shah Rukh Khan. Sampai sekarang aku masih confuse. Apa jasa-jasa mereka kepada kita selain jual filem (itupun kau keluar duit sendiri dan mereka yang kaya raya) sehingga melayakkan mereka terima gelaran ‘DATUK’? Ke beri gelaran sebab orang2 VVIP kat negara kita minat pelakon2 tersebut?

HA HA HA.
Warga Bangladesh jadi tauke?
WARGA BANGLADESH DAPAT PANGKAT DATUK. VIRAL DI LAMAN SOSIAL. cuba lihat apa sumbangan beliau!!

TEMERLOH – Facebook Temerloh yang mempunyai lebih 56,000 ahli membincangkan pos seorang pemilik akaun yang menimbulkan persoalan, kenapa terlalu ramai warga Bangladesh membuka kedai runcit di kawasan Perindustrian Temerloh di Mentakab.

Tinjauan Sinar Harian semalam ke kawasan dimaksudkan jelas menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya tiga kedai runcit dua pintu dijaga sepenuhnya oleh kumpulan warga asing terbabit.

Komuniti Bangladesh yang kelihatan di kedai runcit terbabit mengurus segala kerja berkaitan termasuk memarut kelapa dan menyusun barangan, malah kesemua mereka juga turut menjaga kaunter bayaran.

Kahwini orang tempatan

Menurut seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali, warga Bangladesh terbabit mempunyai lesen dan permit yang sah kerana mereka berkahwin dengan orang tempatan.

Menurutnya, selain tiga kedai di kawasan terbabit terdapat sekurang-kurangnya tiga lagi kedai milik warga asing yang menjalankan perniagaan runcit sejak lebih lima tahun lalu.

WARGA BANGLADESH DAPAT PANGKAT DATUK. VIRAL DI LAMAN SOSIAL. cuba lihat apa sumbangan beliau!!

“Mereka kahwin dengan orang kita (tempatan), semua sudah kaya-raya. Ada yang miliki lori ikan, malah ada yang mempunyai lebih dari tiga kedai,” katanya.

Mengikut kenyataan yang dibuat pemilik akaun Facebook itu kelmarin, “kat industri Mentakab ramai betul orang warga Bangladesh buka kedai runcit, ada yang gaya nak makan orang pun ada yang jaga kaunter, hujan emas di negeri orang, ke mana Orang Melayu kita yang tinggal di kawasan sekitar itu, tak rasa ditindas ke? Apa komen anda.”

Kawasan Perindustrian Temerloh di Mentakab didiami lebih 100 rumah penduduk yang tinggal di Taman Seri Tualang dan turut dihuni pekerja warga asing yang bekerja dalam sektor industri di kawasan terbabit.

Seorang lagi penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, persoalan yang menjadi tanda tanya sekarang, adakah benar warga asing terbabit mempunyai permit dan lesen perniagaan yang sah atau adakah mereka menggunakan permit penduduk tempatan.

“Sekiranya benar mereka menggunakan lesen perniagaan atas nama isteri dan tidak menjadi kesalahan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) maka itu bukan satu isu, sebaliknya orang Melayu dan penduduk tempatan sepatutnya mengambil contoh kerja
keras warga asing terbabit untuk hidup di negara ini.

Jual semua barangan keperluan harian

Sementara itu seorang penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai Jalil, 56, berkata, dia tidak kisah siapa yang berniaga sama ada warga asing atau penduduk tempatan.

Menurutnya, walaupun warga asing yang berniaga di situ tidak menjadi masalah kerana barangan yang dijual di kedai runcit terbabit merangkumi semua barangan keperluan harian.

“Saya boleh dapatkan ikan, sayur dan pelbagai jenis makanan di sini kerana banyak pilihan kedai, di kawasan ini sahaja ada tiga kedai runcit dan semuanya menjual barangan keperluan harian.

“Kalau nak ikutkan memang malas nak pergi kedai lain sebab kedai Bangla ini jual semua barangan keperluan harian.

“Buat apa nak pergi jauh-jauh, semua ada di sini.

“Mereka juga tidak buat masalah, sepatutnya orang kita ambil contoh peniaga Bangladesh ini yang sanggup bekerja keras dan akhirnya boleh menjadi tauke,” katanya.

Jalil berkata, untuk lebih selamat rasanya lebih baik pihak berkuasa dan penguat kuasa jabatan dan agensi berkaitan turun padang dan melihat dokumen mereka.

Menurutnya, sekiranya mereka salah, perlu diambil tindakan sebaliknya jika tidak biarkan sahaja berniaga kerana mereka mengambil peluang yang ada.

Sumber : SembangMedia

Sehubungan itu, Sinar Harian akan mendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut mengenai perkara ini daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dalam tempoh terdekat.