Masih Ingat Lagi Tak Kisah Budak Tahfiz Dalam Penjara Suatu Ketika Dahulu? Keadaan Beliau Sekarang Sangat Tidak Disangka..

Terkini Comments Off
Loading...

Kisah Budak Tahfiz Dalam Penjara Sekarang (Gambar + Video) http://apahell.blogspot.com/2015/01/kisah-budak-tahfiz-dalam-penjara.html
Masih ingatkan anda semua dengan video yang menjadi viral pada bulan Ramadhan 2014 yang mana seorang budak lelaki berseluar lokap sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan suara yang begitu merdu? Ikuti kisah yang diceritakan oleh Abdul Latip Talib
Video yang menjadi viral :-


Saya pernah di hukum penjara di Malaysia selama 6 bulan kerana memiliki pasport yang telah tamat tempohnya. Demikian kata Imam Muda Kemboja ini yang saya temui semasa menghantar bantuan ke Kemboja.

Bagaimana dengan layanan yang tuan terima semasa dalam penjara? Tanya saya pula. Jawabnya, Alhamdulillah kerana saya pandai membaca al Quran dan ada sedikit ilmu agama maka saya disuruh mengajar para banduan dengan ilmu agama, begitu ceritanya.

Berita mengenai anak muda ini yang menghabiskan masa selama dalam penjara dengan membaca al Quran dan mengajar banduan ilmu agama pernah tersiar.

Menurutnya lagi beliau balik ke kemboja kerana ayah dan ibunya sudah uzur dan sakit. Bercita-cita mahu datang ke Malaysia lagi kerana beliau pernah menjadi imam di masjid Petaling.

Sebelum kami berpisah anak muda suara merdu apabila membaca al Quran dan fasih bercakap Melayu itu berbisik pada saya, saya malu tapi saya terpaksa, sekarang saya tidak ada kerja menjaga ayah dan ibu yang sakit. Mereka perlukan makanan dan perubatan.

Kami doakan semoga kesusahan anak ini diringankan….amin..

Loading...

Author

Back to Top